Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie yang berjaya mengutip RM36 juta sewaktu tayangannya pada tahun 2022 melakar sejarah apabila mula ditayangkan di seluruh Jepun bermula 19 Januari lalu.

Lebih membanggakan, filem yang dialih bahasa kepada bahasa Jepun itu turut menerima maklum balas positif dalam kalangan penonton tempatan di sana, tidak kira peringkat usia.
@boboiboy Mechamato Movie (Dubbing Bahasa Jepun) bakal ditayangkan di MALAYSIA mulai 25 January ini! ???? #Mechamato #MechamatoMovie #メカアマト #メカアマトムービー ♬ original sound - MONSTA

Menerusi perkongsian semula video berkenaan di platform X, ramai dalam kalangan netizen yang turut menumpang rasa bangga dan tidak kurang ada yang menzahirkan rasa terharu kerana filem animasi tempatan mendapat tempat di hati penonton di sana.





Ditayangkan di lebih 30 buah pawagam di seluruh Jepun, MONSTA dengan kerjasama AEON Entertainment Japan yakin Mechamato Movie dapat menarik penonton dari segala lapisan umur ke pawagam.

Untuk rekod, Mechamoto turut memaparkan barisan alih pelakon popular Jepun seperti Ayumu Murase (Amato), Yoshitsugu Matsuoka (MechaBot) dan Kenjiro Tsuda (Jeneral Grakakus).

Siri Mechamato musim pertama dan kedua merupakan karya pertama dari Malaysia yang berjaya ditayangkan di televisyen nasional Jepun menerusi saluran TOKYO MX.

Di samping itu, lagu tema Mechamato Movie yang berjudul ‘Temaniku’ nyanyian artis tempatan Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi RUKA dari Jepun dan diberikan tajuk Tomodachi, bersesuaian dengan pemasaran di luar Malaysia.

BERITA TRENDING: Mechamato Bakal Ditayangkan Di Jepun 19 Januari Ini!​