Laman Utama
Dulu Percuma Sekarang Nak Kongsi Kata Laluan Netflix, Sila Bayar RM13 Please
Jika selama ini ramai yang berkongsi kata laluan Netflix bersama meski tinggal di kediaman berbeza secara percuma, nampaknya keistimewaan tersebut akan segera berakhir.
Menerusi pengumuman yang dikongsikan, pelanggan Netflix di Malaysia akan perlu membayar langganan sebanyak RM13 bagi setiap pengguna yang berkongsi kata laluan dengan pengguna yang tinggal di kediaman berbeza.
“Akaun masih boleh dikongsi dengan pengguna lain yang tinggal di kediaman sama tanpa yuran tambahan.
"Beberapa slot disediakan bagi pengguna tambahan adalah terhad menurut kategori akaun.
"Hanya satu slot pengguna tambahan disediakan dengan pelan Standard, manakala dua slot pengguna tambahan bagi pelan Premium," kata penyedia perkhidmatan penstriman tersebut seperti dilaporkan media tempatan termasuk Awani.
Peraturan sama sebelum ini dilaksanakan di sesetengah negara Amerika Latin tetapi ketika ini telah diperluaskan ke lebih 100 negara termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat.
Netflix turut menetapkan, jumlah slot bagi pengguna tambahan di bawah Netflix Household adalah terhad mengikut kategori akaun iaitu hanya seorang bagi pelan standard dan maksimum dua orang bagi pelan premium.
Katanya, pengguna tambahan boleh menonton Netflix dengan kualiti yang sama dengan pemilik akaun tetapi mereka hanya dibenarkan menggunakan satu peranti sahaja pada satu-satu masa.
Pengguna tambahan juga akan mendapat profil sendiri dan boleh menentukan tahap umur tayangan namun tidak dibenarkan untuk memilih profil kanak-kanak.
Pemilik akaun yang membuat pembayaran melalui penyedia ketiga seperti Astro tidak dibenarkan menambah slot.
Bagi mengetahui langkah-langkah tetapan Netflix Household, pengguna boleh merujuk panduan di laman web Netflix.
Pada awal tahun ini, Netflix memaklumkan bahawa lebih 100 juta buah rumah berkongsi akaun yang dilaporkan memberi kesan terhadap keupayaan untuk melabur bagi menghasilkan kandungan baharu.
Must-Watch Video