Skip to main content

Berita Tempatan

Ebby Yus Masuk Hospital Akibat Sakit Jantung

ebby.jpg
Pelakon dan pelawak Ebby Yus telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami lemah jantung.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu.

“Sebenarnya sejak enam bulan lalu saya sudah tidak mengambil sebarang tawaran dan kerja seni sebab badan tidak berapa sihat. 

"Saya hanya berehat di rumah dan pergi ke hospital untuk rawatan susulan.

“Namun, Sabtu lalu saya ada terima tawaran persembahan di Pulau Pinang selepas agak lama tidak bekerja. Pulang sahaja ke Kuala Lumpur, saya berasa  tidak sedap badan.

“Alhamdulillah, doktor kata kesihatan saya tidak serius dan perlu menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya

Terdahulu, pada Julai tahun lalu, Ebby pernah dimasukkan ke Hospital Selayang selepas menghidap lemah jantung.

Sumber: Utusan Online

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video