Laman Utama
Ebit Lew Dibicarakan Atas 11 Pertuduhan Gangguan Seksual, September Ini
Pendakwah terkenal, Ebit Lew akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah berkaitan 11 pertuduhan gangguan seksual pada 27 hingga 30 September ini.
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, Ebit Lew atau Ebit Irawan Ibrahim sebelum ini telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Februari.
"PDRM mengesahkan bahawa Ebit Irawan Bin Ibrahim (Ebit Liew) yang telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada Februari lalu atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
"Tertuduh akan dibicarakan pada 27 hingga 30 September 2022 di mahkamah yang sama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada 18 Februari lalu, Ebit Lew dihadapkan di mahkamah di Tenom pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.
Must-Watch Video