Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah berangkat ke luar negara dengan membawa misi kemanusiaan untuk Gaza, Palestin.

Berita itu dimaklumkan oleh Ebit menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Ebit, beliau berharap perjalanan untuk misi bantuan itu dipermudahkan Tuhan.

“Pohon doakan yer Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah misi kami ini ya Allah. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah.

“Terima kasih Dato’ Seri @hishammuddinhussein dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini.

“Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT. Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor @hrhcrownprinceofjohor yang memberi semangat dan doa.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin,” coretnya.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat jalan dan mendoakan keselamatan Ebit.