Laman Utama
Ebit Lew Masuk Kelab Malam Beri Pela*ur Jubah & Tudung - "Semua Menangis Bila Saya Mula Cakap..."
Pendakwah bebas, Ebit Lew masih meneruskan perjuangannya menyantuni dan menyebarkan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
Dia yang diketahui berada di Jakarta, Indonesia menerusi kemas kini di Instagram miliknya bukan sahaja bertemu dengan golongan pemuda punk dan membantu memguruskan kepulangan seorang bapa dan anaknya rakyat Malaysia yang terkandas di republik tersebut, terkini Ebit dilihat mengunjungi kelab malam.
Menerusi keterangan pada kapsyennya, Ebit masuk ke kelab malam dan menyantuni wanita wanita yang bekerja sebagai pelacur di situ. Dia menceritakan ada wanita yang mula bekerja sebagai pelacur seawal usia 14 tahun kerana desakan hidup.
“Semua menangis bila saya mula cakap. Teresak esak menangis. Katanya tengok Pak Ustaz rindu ibu bapa. Rindu nak dekat dengan Allah.
“Mereka ulang kali ucap terima kasih kerana pertama kali orang beri ceramah dalam kelab malam,” kata Ebit dalam kemas kini terbaharunya.
Selain menyampaikan ceramah, Ebit yang memang terkenal dengan sikap suka membantu orang turut menghadiahkan jubah dan tudung buat para wanita yang disantuninya itu.
“Mereka suka sangat dapat tudung dan minta doa supaya lebih dekat dengan Allah,” tulisnya lagi.
Sementara itu tindakan Ebit menyantuni dan memberi ceramah kepada pelacur di dalam kelab malam mendapat pujian daripada pengikutnya.
Ramai yang mahu Ebit meneruskan sikap prihatin mendekati semua golongan tanpa mengira latar belakang demi menyebarkan dakwah dan kebaikan Islam.
Must-Watch Video