Laman Utama
Ebit Lew Sebak, Adik Umur 12 Tahun Jadi Gelandangan, Ibu Bapa Meninggal Sebab COVID - “Saya Tak Ada Sesiapa Lagi Ustaz...”
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sebak sebaik sahaja bertemu dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menjadi gelandangan selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19.
Difahamkan kanak-kanak itu tidur di jalanan dan menjadi gelandangan sejak Januari tahun lalu.
Ebit juga berkongsi saat-saat pertemuan bersama kanak-kanak itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
Advertisement
“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan.
“Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.
“Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini.
“Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada handphone. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih.
“Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.
“Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya,” coretnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga meluahkan rasa sebak dan berterima kasih kepada Ebit kerana ‘menyelamatkan’ kanak-kanak tersebut.
Dalam pada itu Ebit juga memaklumkan kanak-kanak lelaki berkenaan telah ditempatkan di sebuah sekolah madrasah.
“Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.
“Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini,” tulisnya.
Kredit Foto: Ebit Lew
Must-Watch Video