Penyanyi popular Hollywood, Ed Sheeran telah melangsungkan perkahwinan kecil-kecilan bersama tunangnya, Cherry Seaborn secara rahsia.

Menurut sumber, majlis itu hanya dihadiri oleh 40 orang tetamu dan tiada selebriti diundang oleh penyanyi tersebut.

"Majlis itu hanya melibatkan mereka yang rapat dengan Ed seperti teman-teman di zaman sekolahnya, keluarga terdekat dan paderi," jelas sumber.

Perkahwinan itu telah berlangsung sebelum sambutan Krismas tahun lalu, namun ia baru didedahkan dalam industri hiburan Hollywood semalam.

Pasangan ini sangat mengutamakan privasi untuk hubungan mereka, tahun lalu, telah wujud spekulasi mengatakan mereka telah berkahwin sebelum tarikh perkahwinan mereka itu.

Sumber : Celebrity Insider