Dunia maya kini diserikan dengan perkembangan pelbagai aplikasi dan platform media sosial untuk masing-masing berkongsi kisah peribadi dan kehidupan seharian.

Sama seperti golongan selebriti yang sering menjadikan media sosial sebagai medium untuk berhubung dengan peminat dan berkongsi aktiviti seni.

Namun, lain pula yang terjadi kepada penyanyi muda Masya Masyitah yang ditertawakan peminat dan warganet apabila gagal menyunting foto peribadinya untuk dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Menerusi foto terbabit, Masya yang mengenakan sepersalinan blaus dan seluar putih dilihat cuba untuk menambah nilai foto terbabit dengan cara suntingan menerusi aplikasi suntingan dalam talian.

Suntingan melibatkan bahagian pinggul dan cubaan Masya untuk mengecilkan bahagian paha hingga menyebabkan imej sekeliling terjejas.

"Photoshop fail. Sampai bengkok dinding dia edit," tulis salah seorang pengguna menerusi ruangan Twitter sambil tertawa.



Perkongsian pemilik akaun itu meraih perhatian pengguna lain yang turut terhibur dengan tindakan Masya.




Namun, ada juga yang menyelar tindakan mentertawakan penyanyi itu dan menganggap tindakan memalukan Masya di media sosial sebahagian daripada buli siber.



Masya, 19, merupakan juara Ceria Popstar 2014 dan popular dengan lagu Halimunan.