Laman Utama
Eh Jangan Buang! Duit Koyak Boleh Tukar Tau, Ini Caranya
Seringkali kita berasa kecewa dan merungut apabila mendapat duit koyak.
Disebabkan itu juga ramai yang memilih untuk membuangnya kerana menyangka duit yang rosak tidak mempunyai nilai.
Pasti ramai yang tidak mengetahui duit yang rosak mempunyai kategori tersendiri.
Setiap kategori kerosakan duit itu mempunyai nilainya yang tersendiri.
Menurut perkongsian seorang pemuda @rahmanismail di akaun Twitter miliknya, duit yang koyak itu boleh dibawa ke Bank Simpanan Negara (BSN) untuk penilaian.
“Tip duit terkoyak : Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu.
“Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.
“Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil.
“Kalau BNM jauh, nak bawa ke mana? Boleh cuba bawa ke bank berdekatan dahulu ataupun BNM cawangan,” kongsinya menerusi satu ciapan (tweet).
Dalam pada itu, netizen juga mengucapkan terima kasih kerana tidak kedekut berkongsi ilmu.Tip duit terkoyak :Kalau kita ada simpan duit lama dahulu kemudian anai-anai makan, jangan buang duit tu.Bawa duit tu ke BNM. Nanti dapat balik nilai separuh atau penuh, bergantung pada saiz.Tapi kalau saiz bawah 1/3, maaf. Gone. Boleh sambung menangis di bucu katil. pic.twitter.com/DyunxHUiWB— Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail (@RahmanIsmail_) August 31, 2020
Must-Watch Video