Kecoh dunia hiburan apabila pelakon Puteri Sarah berkongsi satu tangkap layar mendakwa suaminya Syamsul Yusof sudah selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang wanita yang pernah dikaitkan sebelum ini, Ira Kazar.

Menerusi perkongsian itu, seorang pengguna media sosial memaklumkan bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

"Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!," tulisnya.

Anda boleh lihat gambar tangkap layar di bawah.

Terbaru, Syamsul Yusof, 38, tampil menafikan dia sudah bertunang dengan wanita dikenali Ira Kazar seperti didakwa netizen di media sosial.

"Hahaha. Ngaruikk (mengarut),” katanya kepada Harian Metro.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal media sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah terkenal bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

BACA: Ada Yang Dakwa Syamsul Bertunang? Puteri Sarah Komen -" Kalau Betul Jangan Lupa Tanggungjawab Anak-Anak"