Nusantara

Eksklusif! Raikan Deepavali Bersama Filem Tamil Athigaari Yang Penuh Mendebarkan

Maliah Surip
13/11/2020
13:15 MYT
Merayakan Deepavali di tahun 2020 adalah sebuah sambutan yang tidak sama dengan tahun tahun sebelumnya kerana pandemik Covid 19.
Jika terhalang untuk pulang ke kampung atau melakukan aktiviti ziarah, mengisi waktu bersama keluarga tercinta dengan menonton filem adalah alternatif terbaik untuk mengeratkan silaturahim.
Apa lagi apabila filem itu 'dibawa ke rumah anda' secara eksklusif buat pertama kalinya sempena kehadiran Deepavali.
Lantaran itu bersempena sambutan Deepavali, Astro Shaw buat pertama kalinya membawakan sebuah filem Tamil, Athigaari terus ke pawagam rumah anda, Astro First.
Sudah menemui penonton mulai 11 November 2020 di saluran 480, menariknya filem suspen thriller ini memaparkan kisah siasatan seorang polis dalam menjejak pembunuh misteri.
Sepanjang 2 jam 9 minit, penonton bakal menikmati emosi berbeza menerusi babak aksi, suspen, komedi, romantik dan menyentuh perasaan. Malah melengkapkan lagi jalan cerita, turut diselitkan babak nyanyian dan menari.
Setiap susunan filem telah mendapat sentuhan hebat oleh pengarah Kabilan Plondran yang juga merupakan Pengarah Tebaik menerusi filem Jhangri di Anugerah Tamil Kalainyar 2018.
Rata-rata peminat juga tidak sabar menantikan kehadiran filem ini, lebih-lebih lagi setelah menonton teaser rasmi yang telah dikongsikan di platform YouTube oleh pihak penerbit.
Sementara itu, mutu lakonan setiap pelakon telah mendapat khidmat tunjuk ajar daripada guru lakonan Fared Ayam atau nama sebenarnya Mohd. Fared Jamaluddin. Nama beliau ternyata tidak asing dalam industri seni di mana beliau juga adalah guru lakonan untuk filem Polis Evo 2 dan turut aktif terlibat dengan pengarahan serta lakonan teater.
Setiap watak telah digerakkan dengan baik oleh barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Bala Ganapathi William, Karnan Kanapathy, Nanthini Ganasen, Sasikumar Kandasamy, Sri Kumaran Munusamy, Thilaag Nair, Akshara Nair, Vishalini Siva, Kuben Mahadevan, Pramilla, Saha, Havoc Jega dan Khirthy.
Penerbit filem Athigaari, Nanthini Ganasen berkata: “Filem ini pada mulanya dirancang untuk tayangan di pawagam pada bulan Mac lalu, namun oleh kerana pandemik Covid-19 ia terpaksa ditunda.
"Tetapi kini, filem Athigaari akhirnya akan menemui penonton dan lebih istimewa di hari perayaan Deepavali. Filem ini sesuai untuk tontonan semua peringkat usia dan tidak hanya untuk peminat filem Tamil sahaja tetapi buat semua penonton berbilang bangsa.
"Selain itu, antara kelainan di dalam filem ini adalah, watak utama yang menggunakan bahasa isyarat tangan sebagai salah satu medium membawakan karakter berkomunikasi.
"Jadi, kami berharap dengan kehadiran filem Athigaari, ia mampu mengisi masa lapang penonton serta menceriakan lagi Deepavali anda dengan berhibur dengan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar.
"Bagi kami sokongan penonton terhadap filem sebegini amat penting dalam usaha memastikan filem Tamil terus ‘bernafas'," katanya.
Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan usaha Astro dapat membuka ruang buat penerbit penerbit filem Malaysia menampilkan karya mereka kepada para penonton dalam gaya normal baharu.
"Astro Shaw tidak hanya tertumpu kepada filem melayu sahaja, malah kami amat terbuka dan memberi sokongan padu kepada semua hasil karya tempatan.
"Bersempena perayaan Deepavali yang akan tiba pada bulan ini, Astro Shaw terus melangkah ke hadapan dengan buat kali pertamanya membawakan filem Tamil tempatan terus ke pawagam rumah anda, Astro First.
"Kami percaya filem Tamil mempunyai peminat tersendiri, tetapi jika sesebuah filem itu bagus jadi ia mampu menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikannya. Seperti filem Athigaari, ia mempunyai jalan cerita yang menarik dengan gabungan elemen pelbagai dan kami merasakan ia mampu berdiri setanding dengan filem-filem terbaik tempatan yang lain.
"Kami harap dengan membawakan filem ini ke Astro First, ia mampu menjadi permulaan yang baik dalam memperluaskan lagi filem Tamil kepada peminat filem, sekaligus merancakkan lagi industri perfileman tanah air.”
Athigaari mengisahkan tentang seorang anggota polis yang mengambil alih kes pegawai yang telah mati dibunuh. Dia percaya pembunuh tersebut mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu.
Dengan bantuan anak mangsa, dia menjejak setiap langkah pembunuh itu sehingga membawanya kepada rancangan besar yang bakal dilakukan oleh pembunuh itu.
Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem Athigaari yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim Athigaari di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tol Percuma Untuk Dua Hari Bermula Sabtu Sempena Deepavali

gempak
10/11/2023
03:55 MYT
Happy long weekend!
Laman Utama

Hati-Hati Semua! 1.9 Juta Pengguna Lebuh Raya Sempena Deepavali

gempak
21/10/2022
09:47 MYT
Pertambahan trafik sehingga 1.9 juta kenderaan dijangka berlaku di semua rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Laman Utama

Unbeatable! Kamal Haasan Hero Legend, Filem Tamil Vikram Best & Wajib Tonton!

gempak
13/07/2022
02:29 MYT
Filem kalau ada Kamal Haasan memang best la jawabnya.
Laman Utama

#PopcornTime : Peminat Bollywood? 4 Filem Ini Mungkin Paling Hebat Pernah Dihasilkan!

gempak
04/11/2021
06:35 MYT
Terbaiklah!
Laman Utama

Poovaa Rindu ‘Merewang’ Di Malam Deepavali – “Kemeriahan Tu Dah Hilang Disebabkan Keadaan Sekarang…”

gempak
03/11/2021
08:30 MYT
Deepavali Vazhthukkal!