Hiburan
Elak Tekanan Media Sosial, Mahalini Akan Sorok Wajah Anak
Penyanyi Mahalini diketahui sedang hamil tujuh bulan selepas menikah dengan Rizky Febian pada tahun lalu.
Sedang menghitung hari untuk bergelar ibu dengan menimang cahaya mata sulung, banyak persiapan yang telah dilakukan pasangan selebriti Indonesia ini.
BERITA TRENDING: Manis Berhijab Tunai Umrah, Ramai Doakan Mahalini Istiqamah - “Terharu Lihat Dia Bertudung, Cantiknya Ibu Hamil”
BERITA TRENDING: Mahalini Hamil 7 Bulan, Mohon Maaf Pada Rizky Febian
Mahalini sendiri sudah tidak melakukan persembahan pentas sebaliknya bersama Rizky dia sibuk membuat persiapan menyambut anak mereka yang bakal lahir beberapa bulan lagi.Dan salah satu perkara yang sudah dirancang oleh penyanyi lagu Sial itu adalah tidak akan mendedahkan wajah anaknya di media sosial.
Menurut Mahalini dia membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu tertekan dengan komen dan kritikan pengguna media sosial.
“Doakan saya (selamat sehingga melahirkan anak). Tapi saya tidak mahu mendedahkan wajah anak kerana mahu menghindari komen dan kritikan orang.
“Saya akan tertekan nanti kerana kita pun tahu mental seorang ibu baharu berbeza.
“Saya harap semua pihak mengerti dan tidak akan mendedahkan wajah anak saya dalam konten masing-masing.
“Biar saya dan Rizky benar-benar siap, kami sendiri akan dedahkan wajah anak kami,” ujar Mahalini seperti dilaporkan InsertLive.
BERITA TRENDING: Rizky Febian, Mahalini Selamat Nikah Semula Lepas Kontroversi Perkahwinan Tidak Sah
Must-Watch Video