Pelakon Elfira Loy akui sedih perniagaan kafe miliknya, Love Me Seven Days yang dibuka sejak Mei 2015 terpaksa dihentikan.

Menurut Elfira dia mengambil keputusan untuk menghentikan operasi kafe tersebut selepas merasakan sukar untuk memberi komitmen.

“Biar saya lakukan sedikit throwback sejak hari pertama saya mendapat kunci kedai hingga hari terakhir ia ditutup.

“Saya simpan berita ini agak lama kerana saya sendiri tidak pasti untuk meneruskannya atau tidak.

“Bukan sebab pandemik ke apa tapi kerana keutamaan saya. Saya tidak boleh lalukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain. Jadi ini adalah keputusan yang terbaik.

“Hari ini (semalam) kami sudah mula mengemas dan membungkus semua barang dan ada juga untuk dijual.

“Sedih tapi saya rasa ini yang terbaik.

“El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe El , support El dan sentiasa bagi kata semangat kepadal El.

“El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada disini kami mengguris hati anda. Saya harap ini bukan pengakhiran. Jika ada rezeki nak bukak lagi ,” katanya.

Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto-foto kenangan sepanjang pembukaan kafe miliknya.

Elfira yang kini ibu kepada seorang cahaya mata telah mengusahakan kafe tersebut selama 5 tahun.

Let me do a lil throwback since the day i go the key for @lovemesevendayscafe untill the last day of lovemesevendays cafe. i was keeping this news for quite awhile because i wasn't sure whether to continue or not. Not because of pandemic ke apa tapi because of priorities. I cant do 10jobs at one time and just let go the responsibility to other people. So this is the best decision Today , we've already started pack everything , buang semua barang kemas kemas ada yang jual jugak. Sedih But i guess this is for the best. El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe el , support el & sentiasa bagi kata semangat kepadal el . El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada disini kami mengguris hati anda. I hope this is not the end . Jika ada rezeki nak bukak lagi ? MAY 2015 - JULY 2020 .

A post shared by @ elfiraloy on