Pelakon Elfira Loy selamat melahirkan bayi perempuan, pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsikannya di IG story miliknya kira-kira jam 7.45 malam tadi.

Menerusi kemas kini berkenaan dia memanjatkan kesyukuran dengan kelahiran anak keduanya itu.

“Alhamdulilah, syukur…,” tulisnya bersama hari dan tarikh hari ini.

Dalam hantaran yang sama dia memuat naik foto suaminya, Faris Khairol Anuar bersama bayinya itu.

Tiga jam lalu Elfira menerusi kemas kini di IG miliknya memuat naik fotonya di hospital dan meminta doa dari semua moga dipermudahkan urusannya.

Imbas kembali, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.