Skip to main content

Berita Tempatan

Elizabeth Tan Jadi 'Bahan' Usikan Netizen Bila Buat Pengakuan Di Media Sosial

lizzycicak.jpg
Penyanyi jelita, Elizabeth Tan membuat pengakuan di media sosialnya hari ini mengenai satu kejadian dia 'membunuh' seekor haiwan sehingga menarik perhatian netizen untuk bersimpati dengannya.
 
Ujarnya, dia sebenarnya tidak sengaja membunuh seekor cicak seperti mana dimuat naik menerusi status di Twitternya, @elizabethtsm hari ini.
 
Pengakuan penyanyi popular dengan lagu ‘Police Entry’ dan ‘Knock-Knock’ itu bukan sekadar mendapat simpati daripada peminat tapi menjadi bahan usikan netizen yang turut memberi komen pada status itu.
 
"Ekor dia terbang tak?," kata netizen yang hanya dikenali sebagai AJ @Jooooharry.
  Begitu juga, netizen iaitu Nurayzat Johari @NurayzatJoe memberikan komen berbeza dengan menyatakan penyanyi dengan nama manja Lizzy itu sebenarnya secara tidak sengaja mencuri hatinya.
 
"Cicak lain akan balas dendam jadi berhati-hati, hihi," kata Faridjasmi @faridjasmi.
 
Lebih kelakar, seorang netizen mengelarkan diri sebagai Jaie Dato Kamil @JaieKamil bergurau agar penyanyi itu 'bertaubat'.
 
"Lizzy killed a lizard," kata ecaaaati @geechaty.
 
Banyak lagi komen netizen yang mengusik selebriti itu sehingga ada juga yang terkejut dan menganggap kejadian itu tidak memberi kesan apa-apa yang perlu dirisaukan.
 
Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @elizabethtsm
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement