Pelakon Siti Elizad dan Hefny Sahad kini bertugas sebagai penyampai baharu untuk stesen radio Sinar.

Pasangan itu bergabung dalam segmen Duo Sinar bermula hari ini jam 3 hingga 7 petang.

Elizad dan Hefny bakal keudara di radio Sinar setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Duo itu memulakan tugas mereka hari ini dengan memikat hati pendengar menerusi segmen Kesahnya.

Kesahnya mengupas mengenai cerita-cerita yang sedang tular atau viral.

Selain itu, mereka bakal megendali beberapa segmen lain seperti Kanda Vs Dinda, Korus Sinar dan Cer Cite Duo Duo Sinar.

Pengumuman mereka sebagai penyampai radio baharu itu dikongsi menerusi akaun Instagram Sinar.

“Terbaru dari Sinar untuk anda, gabungan mereka ini pastinya memberikan sinaran baharu untuk petang anda!

"Lebih ceria dan bertenaga bersama Hefny @hefnysahad dan Elizad @elizadsharifuddin Setiap Isnin hingga Jumaat bermula 3 Petang dalam Duo SINAR.

"Hefny dan Elizad memulakan misi mereka untuk memikat hati anda dengan segmen KESAHNYA tentang cerita-cerita yang tengah viral.

"Lepas tu, ada segmen pertembungan lelaki dan wanita dalam KANDA vs DINDA…

"Kalau nak nyanyi untuk lepaskan stress, boleh sertai KORUS SINAR.. Tapi mula dengan korus je tau.

Dan macam biasa, ruang untuk kongsi pendapat atau cerita, boleh la layan CER CITER DUO... DUO SINAR…. Menyinari Hidupmu. #sinarkongsi,” tulisnya.

Menerusi laman sosial tersebut, mereka mendapat respon yang positif daripada peminat dan pendengar Sinar.

Happynya @elizadsharifuddin bila team Dinda menang dalam cabaran Kanda vs Dinda ni. ? @hefnysahad #sinarkongsi #duosinar

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

View this post on Instagram

Terbaru dari Sinar untuk anda, gabungan mereka ini pastinya memberikan sinaran baharu untuk petang anda! Lebih ceria dan bertenaga bersama Hefny @hefnysahad dan Elizad @elizadsharifuddin Setiap Isnin hingga Jumaat bermula 3 Petang dalam Duo SINAR. Hefny dan Elizad memulakan misi mereka untuk memikat hati anda dengan segmen KESAHNYA tentang cerita-cerita yang tengah viral. Lepas tu, ada segmen pertembungan lelaki dan wanita dalam KANDA vs DINDA… Kalau nak nyanyi untuk lepaskan stress, boleh sertai KORUS SINAR..tapi mula dengan korus je tau. Dan macam biasa, ruang untuk kongsi pendapat atau cerita, boleh la layan CER CITER DUO DUO SINAR …. Menyinari Hidupmu. #sinarkongsi

A post shared by SINAR (@sinar_my) on