MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
Elly Mazlein, Azmi Caliph Buskers & Tomok Antara Bintang Muzikal Lawak Superstar
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, Azmi Caliph Buskers dan Tomok merupakan antara bintang program realiti muzikal komedi terbaharu Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar.
Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima & InTrend, Norzeha Mohd Salleh pengalaman dan penglibatan bintang dalam pelbagai cabang hiburan mampu memberikan kelainan.
“Idea Muzikal Lawak Superstar dizahirkan selepas melihat respon positif menerusi minggu tema muzikal dalam program Maharaja Lawak Mega.
“Bintang yang hadir dari pelbagai cabang industri ini diberi cabaran dan peluang untuk beraksi selain mempamerkan kebolehan bakat masing-masing,” ujarnya.
Program ini juga menampilkan selebriti terkenal iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet sebagai juri tetap Muzikal Lawak Superstar.
Manakala Nabil Ahmad dan Nabila Huda digandingkan sebagai hos program berkenaan.
Berikut merupakan 14 kumpulan yang bertanding:
BOTAK: Achey, Abam & Black
VOICE: Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir
NEWBOH: Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh
J-BORN: Joey, Vicha & Khir Rahman
TAMANZ: Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz
TITANS: Ain Edruce, Issey & Ammar
LIBRA: Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu
KRONI: Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF
SEP: Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF
HEART: Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim
KITAWA: Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak
WASAP: Wan Gegau, Amir Lawak & Syura
BUNGA: Caca, Leez AF & Azmir
U N I : Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC
Muzikal Lawak Superstar akan bersiaran selama 10 minggu setiap Jumaat bermula 28 Jun ini.
Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.
Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.
Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).
Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100).
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.
Must-Watch Video