Pelakon dan pengacara Elly Mazlein selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pada awal pagi Sabtu.

Menerusi laman sosial Instagram, Elly atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkongsi berita baik itu bersama sekeping foto bayi untuk tatapan umum.

“Assalamualaikum, alhamdulillah kak Lina selamat bersalin tadi. 23 Oktober 2021, jam 12.23 pagi tadi. Tq segala doa.

“Tq abah, suami dan manja jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kita ada orang baru, bertambah lagi sorang dalam keluarga comel kita, alhamdulillah syukur ya Allah.

“Dengan ini kak Lina nak memperkenalkan anak kedua kak Lina, Haider Mateen bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider. Welcome to the world our little bundle of joy,” tulis Kak Lina di ruangan kapsyen.

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)


Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan wargamaya.

“Alhamdulillah, syukur pada Mu. Congrats kakak manjah, bestnya bau baby,” komen Siti Elizad.

“Alhamdulillah adikku. Tahniah! Tahniah juga buat encik suami mu. Selamat berpantang,” tulis Liza Hanim.

“Alhamdulillah, so happy for you Kak Pom! Selamat berpantang and love you lots,” ujar Mimi Lana.

“Alhamdulillah syukur. Suka nama Haider. Semua dah ada kan? Jadi bagi tepukan je la hahaha,” kata Abby Abadi.

Terdahulu, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang berusia lima tahun.

Pengacara itu kemudiannya berkahwin dengan seorang guru, Azlan Che Nuh, 30, pada 18 Januari 2020.