Laman Utama

Elly Mazlein Tak Sempat Tunai Permintaan Abu Bakar Juah

gempak
Zulaikha Yusof
16/08/2020
01:30 MYT
Sponsor Banner
Elly Mazlein Tak Sempat Tunai Permintaan Abu Bakar Juah
Aktres dan pengacara Elly Mazlein, 40, mendedahkan dia sempat menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah, 72, pada awal bulan lalu.
Walaubagaimanapun, Elly terkilan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan arwah untuk makan Kari Kepala Ikan.
"Sempat jumpa ayah awal bulan hari tu. Kata mama dan Zarith, ayah tak ada selera nak makan.
"Masa Sharifah datang (ayah Abu Bakar suka panggil saya dengan nama Sharifah), ayah cuba makan sebab nak Sharifah gembira.
"Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan.
"Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah pelakon drama Kampung People, dia akan menunaikan janjinya untuk melawat seperti mana yang diberitahu kepada anak arwah.
"Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziarah ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah.
"Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah," tulisnya lagi.
A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein) on
Semalam, Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.35 petang di kediamannya.
BACA: Pelakon Veteran Abu Bakar Juah Meninggal Dunia​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live