,
Gegar Vaganza All Star

Elly Mazlein Tinggalkan GV10 Sebab Hamil? Tuan Empunya Badan Jawab Spekulasi Netizen…

Mya Amri
12/10/2023
03:55 MYT
Penyanyi, Elly Mazlein sekali lagi menegaskan keputusan untuk mengundirkan diri daripada mengacarakan program All Stars Gegar Vaganza (GV10) adalah atas kerelaannya sendiri.
Elly atau lebih mesra di sapa Kak Lina menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada malam Rabu.
Menerusi hantaran itu, Kak Lina juga turut menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan perkara tersebut hanyalah gimik semata-mata.
“Sayang. Ini semua bukan salah Astro. Ini semua bukan Gimik, seperti Nabil Ahmad cakap. Inilah kenyataan di mana Kepom sudah pun tinggalkan GV buat selama-lamanya.
“Ya… Tiada lagi... Cukup, ini semua keputusan dari Kepom sendiri. Teruskan menyokong kesayangan Kepom yang sedang bertanding dalam GV10 ni ya.
“Untuk bintang GV10, Kepom akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik ya,” jelasnya.
Dalam hantaran yang sama, Kak Lina juga menafikan dirinya hamil seperti mana yang diperkatakan netizen.
“Sayang… Kepom tak Mengandung. Kepom dan suami baik sahaja, Kepom dan anak baik sahaja. Alhamdulillah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Kak Lina juga turut menyatakan sokongannya kepada penyanyi yang bakal berdue dengan bintang GV10 bersama Ezad Lazim iaitu Mamat Exist.
“Mamat… Nanti Mamat buat yang terbaik ya. Ayin tengok mamat dari rumah. Ayin selamanya sokong Mamat walau apa pun.
“Ezad pun ya… Ayin sayang korang. Exist dihati Ayin,” coretnya.
BACA: GV10: Kak Lina Undur Diri, Ini Respons Nabil Ahmad
BACA: Astro Umumkan Kak Lina Undur Diri Dari All Stars Gegar Vaganza
Terdahulu, pada Rabu, stesen televisyen Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi.
Dalam kenyataan sama, Kak Lina turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding.
Teruskan sokongan anda terhadap artis-artis yang terlibat dalam All Stars Gegar Vaganza.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV11: Nai Dinamik Pernah Buat Keputusan Untuk Tinggalkan Dunia Hiburan - “Saya Balik Ke Sarawak Untuk Beri Fokus Kepada Keluarga”

gempak
14/11/2024
03:55 MYT
Nai yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menjelaskan keputusan yang dibuatnya itu adalah untuknya memberi tumpuan kepada keluarga dan juga agama.
Hiburan

Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”

gempak
14/11/2024
02:27 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Era, Elly Mazlein tidak dapat dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika melihat wajah arwah adik Alisa Umairah buat kali terakhir.
Berita

Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia

gempak
13/11/2024
00:25 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram Story, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin lemah.
gegar-vaganza-11

GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

gempak
11/11/2024
03:55 MYT
Sebagai penyanyi, Reshmonu memandang GV ini merupakan satu konsep pertandingan yang serius berbanding program, Masked Singer yang pernah dia sertai dahulu.
gegar-vaganza-11

GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

gempak
10/11/2024
08:50 MYT
Penyanyi Fairuz Selamat mengakui penyertaannya dalam program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) adalah peluang terbesar dalam karier nyanyiannya.
Unitar