Pelakon Yaya Maembong mendedahkan adik-adiknya terutama Emma Maembong dan Chacha Maembong susah hendak bangun pagi.

Menurut Yaya sewaktu kecil dahulu, dia yang akan mengejutkan mereka serta menyiapkan sarapan untuk adik-adiknya itu.

“Saya memang bangun pagi setiap pagi dan siapkan sarapan.

“Mereka memang sangat susah hendak bangun pagi, sampaikan saya perlu lempang pipi mereka untuk mengejutkan,” kata Yaya.

Yaya mendedahkan perkara tersebut di dalam program reality The House musim pertama dalam episod 4 yang pernah ditayangkan pada tahun 2016.

The House 1 menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular, Emma Maembong, Chacha Maembong dan Yaya Maembong menerusi sebuah program realiti digital.

Menerusi The House, peminat bepeluang untuk melihat dan menilai sendiri sejauh manakah keakraban hubungan kekeluargaan yang terjalin di antara keluarga Maembong.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!