Pelakon Emma Maembong membutirkan pujian buat naskhah filem baharu lakonan Zizan Razak, iaitu Abang Long Fadil 3.

Menerusi kemas kini di Instagram, Emma menyifatkan Abang Long Fadil 3 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof itu sebagai filem yang terbaik.

“Terima kasih Zizan mengundang saya dan suami. The best movie ever. Saya sangat bangga dengan filem-filem Melayu sekarang.

“Kamu semua telah buat yang terbaik. Maaf balik awal tak sempat jumpa. But we had so much fun,” tutur Emma menerusi kapsyen.

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)


Filem Abang Long Fadil 3 telah pun ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sejak semalam.

Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.

Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.