Pelakon Emma Watson dilaporkan telah bersedia untuk melamar kekasihnya, William Mack Knight yang berusia 10 tahun lebih tua daripada dirinya.

Menurut laporan Daily Mail, pasangan ini telah menjalin hubungan sejak 18 bulan lalu dan Emma dikatakan telah bersedia untuk membawa hubungan mereka ke peringkat lebih serius.

"Emma dan Mack sudah memberitahu kepada beberapa orang teman, bahwa mereka sudah sedia untuk mengikat tali pertunangan.

"Emma juga mengakui sangat selesa bersama Mack kerana dia merupakan seorang teman lelaki yang baik serta selalu menyokong kerjayanya sejak dulu lagi.

"Khabarnya Emma merancang untuk melamar Mack dan dia tidak melihat itu sebagai satu masalah kerana dia juga ingin mendorong banyak wanita untuk melakukan perkara sama," kata sumber.

Tambah sumber, mereka telah keluar makan malam bersama di sebuah restoran di New York baru-baru ini.

Bagaimanapun pasangan ini tampil santai dan tidak pernah menunjukkan kemesraan mereka kepada umum.

Sumber: Daily Mail

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi