Hiburan

Enggan Jaja Kisah Cerai, Irma Hasmie Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir - “Ia Terlalu Privasi”

gempak
Khairil Khusyairi
31/07/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Enggan Jaja Kisah Cerai,  Irma Hasmie Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir - “Ia Terlalu Privasi”
Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 42, memilih untuk berdamai dengan takdir demi ketenangan diri sendiri dan keluarganya.

Enggan Jaja Kisah Cerai

Menurut Irma, dia enggan terus menjaja kisah perceraiannya kepada umum kerana tahu ia bakal mengundang spekulasi tidak benar.
“Saya tak tahu saya patut jawab atau tidak, saya tak perlu buat apa-apa kenyataan, ia terlalu privasi dan orang luar sana pun memahami.

“Sebenarnya apa yang saya jawab, orang masih buat spekulasi, lebih baik saya ambil pendekatan diam dari berkata apa-apa.

“Biarpun kita cakap perkara yang betul pun, orang tetap komen, walaupun perkara itu betul atau tidak, ia tetap akan ada komen dan pandangan orang,” katanya kepada Gempak.
Irma Hasmie ditemui pada majlis pelancaran biskut BeCalm di Menara The Star, Petaling Jaya pada Rabu.

Kenyataan Dibuat Rakan

Mengulas mengenai perceraian yang dikongsikan oleh sahabat baiknya, Reen Emran menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Irma memaklumkan perkara tersebut berlaku di luar kawalannya.

“Itu juga di luar kawalan saya sebenarnya, sudah tentu orang yang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar.

“Jadi begitulah kadang-kadang kawan sendiri pun saya tak dapat nak kawal. Itu saja yang berlaku. Jadi mungkin mereka rasa mereka jalankan tanggungjawab sebagai sahabat.
“Saya juga tak boleh cakap lebih atau kawal kehidupan dia. Jadi benda itu dah berlaku pun. Dia menghormati saya dah saya juga begitu. Macam itulah keadaanya.
“Dia tak adalah isu saya ada kekuatan atau sebagainya, tidak. Saya tetap dengan pendirian dan cara saya yang memudahkan diri saya dan keluarga. Saya cuba buat perkara itu seringkas yang boleh dan tak memudaratkan sesiapa,” jelasnya.
Dalam pada itu, Irma memaklumkan dua anaknya iaitu Syed Irfha,11, dan Irma Nur Naylie,10, kini berada di bawah jagaannya.

“Alhamdulillah, anak-anak okey, Insya-Allah. Saya syukur sangat-sangat mereka baik-baik belaka semuanya,” katanya.

Sekadar info, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Terdahulu, media melaporkan perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir.
Perkara itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Stories pada tanggal 30 April lalu.
Spekulasi bertambah kukuh apabila bekas suaminya mengesahkan telah menjalani proses perceraian pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” - Bekas Suami Irma Hasmie

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024