Engku Emran Dah Kahwin, Peminat Doakan Laudya Cynthia Bella Pula Ditemukan Jodoh Dengan Pelakon Ganteng!
Berita mengenai perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia, malah turut rancak diperkatakan di Indonesia.
Menerusi laporan Liputan6, rata-rata netizen di Indonesia mendoakan agar bekas isteri Engku Emran, Laudya Cynthia Bella bertemu dengan cinta hati, sekali gus memulakan kehidupan berumah tangga sekali lagi.
Malah, kebanyakan mereka mendoakan supaya Laudya dijodohkan dengan pelakon, Dimas Beck selepas mereka digosipkan mempunyai hubungan istimewa.
Difahamkan, Laudya dan Dimas sebelum ini pernah menjadi ahli kumpulan muzik, Bukan Bintang Biasa (BBB) yang turut disertai Raffi Ahmad, Ayushita dan Chelsea Olivia.
Kumpulan BBB ditubuhkan oleh komposer terkenal, Melly Goeslaw pada tahun 2006.
Susulan itu, Laudya dikatakan begitu akrab dengan Dimas seperti mana yang digosipkan netizen.
Biarpun kedua-duanya pernah menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka tidak lebih sekadar sebagai seorang sahabat baik, namun ia tidak menghalang netizen untuk mendoakan perkara baik.
Terdahulu, Laudya berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada Julai tahun lalu.
Sekadar info, Noor Nabila, 36, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, kira kira jam 10.02 pagi semalam di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan adik Nabila sendiri iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor berwakilwalikan bapa kandungnya.
BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini