Kemunculan semula siri komedi ‘legend’ Friends menerusi Friends : The Reunion pastinya membuatkan ramai peminat tidak senang duduk.

Kebanyakan peminat kini teruja menantikan tayangannya pada 27 Mei ini.

Namun, di sebalik ‘comeback’ enam karakter utamanya, tahukah anda sebenarnya ramai penampilan hebat bakal muncul?

Berikut merupakan selebriti hebat yang bakal muncul sebagai cameo!

  1. David Beckham
  2. Justin Bieber
  3. BTS
  4. James Corden
  5. Cindy Crawford
  6. Cara Delevingne
  7. Lady Gaga
  8. Elliot Gould
  9. Larry Hankin
  10. Kit Haringtion
  11. Mindy Kaling
  12. Thomas Lennon
  13. Christina Pickles
  14. Tom Selleck
  15. James Michael Tyler
  16. Maggie Wheeler
  17. Reese Witherspoon
  18. Malala Yousafzai

A post shared by Friends (@friends)

Fuh! Menarik bukan? Jadi jangan lupa saksikan Friends : The Reunion 27 Mei ini.

Sekadar info, Friends : The Reunion dihasilkan selepas 17 tahun sitkomnya melabuhkan tirai.

Siri ini sebelumnya menjadi sitkom paling ikonik di tahun 90an dengan musim pertama yang dimulakan pada 1994 sehingga 2004.

Kelak, dalam Friends : The Reunion, selain menampilkan semua pelakon asal termasuk Jennifer Aniston bersama pembawa karakter Ross, Joey, Chandler, Monica dan Phoebe, ia juga menampilkan set ikonik sebelum ini seperti kedai kopi di Central Park dan apartment purple milik Rachel.

Buat peminat setia Friends, jangan terlepas menyaksikan Friends: The Reunion menerusi On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO pada 27 Mei 3.01 petang dan ulangan di HBO Astro saluran 411, jam 9 malam.

Anda boleh lihat trailer dan maklumat lanjut di sini, https://content.astro.com.my/details/Friends-The-Reunion-Trailer-PACK0000000000312749