Tayangan episod keenam Ramadan Pertama Edi yang bersiaran malam tadi sudah tidak ada rahsia lagi.
Mana tidaknya, Edi dan Pak Yayan dah kantoi dengan Pak Sobri yang mereka tidak berpuasa selama ini. Jujur dengan bapa mentuanya, Edi akui dia dalam proses untuk belajar berpuasa penuh.
Suami Naemah pula yang selama ini dikatakan berada di Singapura, tetiba muncul di rumah Pak Sobri.
Kedatangannya terpaksa dirahsiakan namun kantoi juga apabila bertembung dengan Edi yang ketika itu berada di dapur.
Pada penghujung episod ini, rupanya Pak Sobri menghidap penyakit kanser. Sejauh mana tahap kanser Pak Sobri? Adakah mampu meragut nyawa?
Tak sabarkan nak tahu.
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.
Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
Zulaikha Yusof
Thu May 06 2021
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.