Gaya Hidup
Ernie Risau Berat Badan Naik, Masing-Masing Ada Struggle! "Dulu Makan 2 Senduk Nasi, Sekarang ..."
Finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), Ernie Zakri akui terkesan dengan isu body shaming yang dialaminya baru-baru ini.
Kata Ernie, isu menghina bentuk dan saiz badan seseorang tidak patut berlaku lagi memandangkan setiap manusia punyai isu masing-masing.
"Saya ni rendah jadi bila naik badan walaupun 1 kilogram, akan nampak dalam televisyen kembangnya sini sana dan saya pasti ramai yang berdepan isu sama.
"Kadang-kadang nampak je orang tu kurus tetapi jauh di sudut hati kita tak tahu apa yang dia risaukan. Sama juga saya, berat badan membuatkan saya risau," katanya kepada Gempak.
Jelas Ernie, apabila ada yang menggelarkannya gemuk, situasi itu memanggilnya untuk mengulas dan menyedarkan orang ramai.
"Apabila orang cakap saya gemuk sudah tentu saya tertanya-tanya diri sendiri sebab kita manusia biasa.
"Kalau ada beberapa orang cakap saya gemuk baru saya akan bersuara dan menyatakan perkara itu tidak elok. Hentikan body shaming," tambahnya.
Ernie akui berat badannya naik beberapa bulan sebelum mengerjakan umrah Disember lalu dan perubahan ketara itu jelas ketika separuh akhir Muzik-Muzik 34.
"Ya memang betul badan saya nampak tembam ketika itu tetapi saya dalam misi untuk menurunkan dua atau tiga kilogram untuk nampak seimbang.
"Kalau dulu saya memang percayakan minuman untuk kurus tetapi sekarang saya lebih amalkan pengawalan makanan.
"Sebelum ini saya ambil dua senduk nasi, sekarang makan satu senduk pun dah memadai," kata Ernie lagi.
Must-Watch Video