Penyanyi Ernie Zakri, 29, tidak dapat menahan air mata ketika membuat persembahan lagu Gundah di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), sebentar tadi.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata dia cuba untuk mengawal daripada menangis namun gagal.

"Saya tak nak nangis masa persembahan sebab susah nak kawal vokal. Tapi tak apa la," katanya selepas usai persembahan.

Platform media sosial terutama di laman Twitter dipenuhi ciapan daripada penonton yang memuji dengan persembahan tunang penyanyi, Syamel.

Malah, rata-ratanya tidak dapat menahan air mata ketika mendengar dan menonton.




AJL35 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadah dan Haziq Hussni bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala Lounge AJL35 yang berlangsung sebelum AJL35 diacarakan oleh Sissy Imann dan Muaz Mohamed.

AJL35 telah berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor.