Selepas kecoh mengenai khabar angin yang mendakwa dirinya telah bernikah dengan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, aktres Erra Fazira akhirnya membuka mulut memberikan kenyataan.
Menurut Erra, 47, dia masih lagi berstatus ibu tunggal dan berharap agar orang ramai menghentikan segala spekulasi terhadap dirinya.
“Benar, apa yang pasti saya masih lagi bergelar ibu tunggal. Saya rasa, cukuplah bercakap mengenai status saya. Hal ini kerana, saya bukan muda lagi untuk dikaitkan dengan kisah cinta atau kahwin yang tidak kesampaian.
“Jika ada jodoh pada hari yang mendatang, tolong doakan yang terbaik untuk saya dan semoga ia akan kekal hingga ke syurga,” katanya.
Sementara itu, Faizal turut menafikan dakwaan berkenaan beliau dan Erra menerusi sidang yang berlangsung di Dewan Negara petang tadi.
Faizal memberi respons terhadap khabar angin tersebut selepas diajukan soalan oleh Senator Datuk Razali Idris.
“51 tahun hidup, saya pertama kali dapat soalan begitu dan saya sebenarnya pernah bernikah sekali. Itupun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya,” katanya.
Terdahulu, viral di media sosial kononnya pelakon dan penyanyi Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah bernikah dengan Ahmad Faizal sekaligus bergelar isteri kedua bekas Menteri Besar Perak itu.
Untuk rekod Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan produser, pengarah dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003. Bagaimanapun Erra dan Yusry berpisah pada 2006.
Kemudian, Erra bernikah dengan Engku Emran pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya iaitu Engku Aleesya,12. Namun, Erra dan Emran berpisah pada 2014.
Beberapa tahun sebelum ini, Erra juga pernah dikaitkan menjalin hubungan istimewa dengan juara Akademi Fantasia 8 iaitu Shahir Zawawi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Izwan Isa
Mon Oct 11 2021


#Foodieslife: Sayur-Sayuran Yang Boleh Bikin Kulit Lebih Awet Muda
Sayur-sayuran ini boleh buat kulit anda awet muda

Dr Sheikh Muszaphar Jaga Anak Arwah Adik Macam Anak Sendiri, Bangga Lihat Anak Saudara Lanjut Pelajaran Ikut Bidang Diminati
Netizen kagum dengan Dr Sheikh Muszaphar

“Saya Tidak Akan Nyanyi Lagu Lama Saya Yang Tidak Seiring Dengan Imej Sekarang” - Zizi Kirana
Zizi mahu menyanyi lagu yang selari dengan imejnya kini

Michelle Yeoh Artis Asia Pertama Terima Ijazah Kehormat AFI
Ijazah kehormat itu dianugerahkan oleh dua pengarah filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert
![[VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan [VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/hafiz-mahamad.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Buat Kejutan! Hafiz Mahamad Bawa 120 Kakitangannya Mengerjakan Umrah Tahun Depan
Hafiz Mahamad bawa semua kakitangan mengerjakan umrah

“Banyak ‘Ujian’ Yang Saya Lalui Ketika Sedang Menuju Ke Tarikh Perkahwinan” - Mas Idayu
Mas Idayu akui lalui ujian menuju ke hari pernikahan

Yuna Teruja Mahu Bikin Konsert Di Kuala Lumpur
Yuna juga sedang sibuk menyiapkan album baharu

Jika Ketum ‘Dihalalkan’, Penduduk Luar Bandar Mampu Jana RM1,000 Hingga RM2,000 Sebulan
Ketum dikatakan mampu menjana pendapatan untuk penduduk luar bandar

Maya Karin Idam Lakon Watak Mahsuri Dalam Filem, Petik Nama Syamsul Yusof Sebagai Pengarah – “Saya Sudah Lama Teringin Nak Buat Mahsuri”
Maya Karin idamkan Mahsuri

“Betul, Allah Uji Dengan Suami” - Isteri Aliff Syukri Berlapang Dada Dengan Situasi Suami
Isteri Aliff Syukri anggap situasi suami sebagai ujian