Dilihat mempunyai hubungan yang rapat, pelakon Ersyha Emyra bagaimanapun menafikan dia dan aktor Hun Haqeem kini sedang bercinta seperti yang disangkakan netizen.

BERITA TRENDING: Erysha Emyra Kongsi Keadaan Noniswara Baru Habis Tempoh Edah

Ersyha menjelaskan hubungan dia dengan Hun hanya bersahabat memandangkan mereka bergandingan dalam drama siri popular Chinta Wrong Direction.

"Bercinta? Pastinya tidak sama sekali. Hubungan saya dan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerjasama dalam tempoh lama," katanya kepada Gempak.

Anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara ini juga menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa selain seorang lemah lembut.

"Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Nak kata dia ada ciri-ciri lelaki idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada juga," kongsinya.

Dalam pada itu, Ersyha menegaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana mahu fokus karier seni.

“Nak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.

“Saya pun masih sangat baru dalam industri jadi, fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga sahaja,” jelasnya.