Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya kini mahu menjadi lebih matang seiring dengan usianya yang sudah meningkat.

Menurut Aliff Syukri, 34, dia kini mahu fokus untuk membahagiakan keluarganya dan menjadi insan yang lebih baik.

“Umur saya semakin tua dan saya rimas dengan dunia yang over glamour macam dulu. Saya pilih untuk lebih senyap dari dulu dan menjadi lebih matang..

“Saya melihat benda yang paling berharga adalah bersama mak dan abah dan family yang sentiasa bersama kita menyokong dan mengembirakan...Jalani momen dengan gembira.

“Kita tidak tahu esok atau lusa mungkin ajal akan tiba... Jadi ubah lah diri untuk menjadi lebih matang dan baik dari sebelum ini. Bukan menjadi malaikat yang sentiasa merasakan diri kita sahaja betul,” katanya.

Aliff berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya bersama seorang anak angkatnya.

Kata Aliff dia tidak mahu mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anak supaya tidak dipersolakan oleh Maha Esa di kemudian hari.

“Baiki diri ingat lah siapa kita dan tanggungjawab kita sebelum kita dipersoalkan kelak.. sebab setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita lebih matang dan masa sungguh bermakna,” luahnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan kata-katanya dan gembira dengan perubahan yang mahu dilakukan.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi nasyid, Datin Seri Shahida pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah serta seorang anak angkat.

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)