Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah terharu apabila impiannya untuk mengadakan konsert di Eslanade Theatre Singapura, menjadi kenyataan.
Tambah penyanyi kelahiran Sarawak itu lagi, dia tidak menyangka Esplanade Theatre yang boleh memuatkan 1600 penonton itu penuh.
“Alhamdulillah, impian saya jadi kenyataan. Sudah lama saya berhasrat untuk mengadakan konsert di Singapura dan ia menjadi realiti.
“Tidak tergambar perasaan saya pada hari ini melihat sokongan yang diberikan peminat daripada Singapura dan Malaysia yang membeli tiket untuk menyaksikan persembahan saya,” katanya.
Dayang, 36, berkata, dia turut berpuas hati apabila dapat menunaikan impian peminatnya dengan memenuhi permintaan mereka menerusi pemilihan lagu dalam konsert sulungnya di Esplanade Theatre.
“Dalam konsert ini, 90 peratus lagu adalah daripada permintaan peminat di laman sosial dan kebanyakan mereka ialah peminat saya di Singapura.
“Walaupun saya ‘nervous’ ketika melihat dewan berprestij ini penuh, namun disebabkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada mereka saya teruja,” ujarnya.
Dayang ditemui Astro Gempak selepas konsertnya di Esplane Theatre, Singapura pada Isnin lalu.
Imbas kembali konsert pada malam tahun baru lalu, Dayang telah menyampaikan 25 buah lagu termasuk lagu-lagu hit terdahulunya seperti Seandainya Masih Ada Cinta, Erti Hidup, Kembalilah Sayang, Dayang Sayang Kamu, Coretan Cinta, Pintaku Terakhir dan Layarlah Kembali.
Selain itu, ratu R&B negara itu juga turut menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer terkenal, Allahyarham Adnan Abu Hassan menerusi segmen tribute.
Lagu-lagu didendangkan Dayang pada segmen tersebut ialah Hembusan Asmara, Hakikat Cinta dan Hujan Lagi Hati Ini.
Konsert tersebut telah berlangsung selama dua jam bermula pukul 8 malam.
Dalam pada itu, Dayang turut berterima kasih kepada pihak Naza Kia Malaysia yang sudi menaja tiga buah kenderaan iaitu, Kia Grand Carnival, Kia Sportage dan Kia Sorento untuk sebagai pengangkutan rasmi wartawan dari Malaysia ke Singapura.
Fiza Kamarudin
Thu Jan 04 2018
Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati Ditembak
Seorang peserta pertandingan ratu cantik yang mewakili Ecuador menemui ajal sejurus berkongsi foto menu makanan yang dinikmatinya di sebuah restoran baru-baru ini.
Nigel Payung Barang Boek! Menangis Isha dapat…. | Motif Trending
Fuyooo bestnya! Mintak barang terus dapat eh. Jeles lah macam ni! Korang kat sini siapa beli produk Capcity ni??
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”
Ini kenyataan terbaharu Ruhainies.
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.