Isteri kepada bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) Aliff Aziz, Bella Astillah tampil menempelak segelintir pengguna media sosial yang memperlekehkan kehebatan aksi suaminya di pentas konsert ketujuh malam tadi.


Kata Bella, tidak adil untuk melabelkan Aliff sebagai bintang kesayangan produksi GV8 apabila sering diberikan lagu yang 'mudah'.

"Selalu cakap Aliff ni kegemaran Astro? Sebab tu dapat lagu senang? Heyy 'come on', sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu menarik. Kalau Aliff ni kegemaran, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan?" tegas Bella.

Terdahulu, seorang pengguna Twitter bersetuju dengan komen yang diberikan juri tetap GV8, Datuk Ramli MS yang menyifatkan tiada dinamik dalam persembahannya.

"Yes suara Aliff Aziz memang sedap. Masa awal persembahan memang suka dengar. Tapi persembahan dia kosong. Bak kata Tok Ram (Datuk Ramli MS) where is the dynamic?" komen pengguna akaun Twitter tersebut.


Tidak berdiam diri, balas Bella, usaha Aliff untuk memberikan persembahan berbeza dengan menyelitkan elemen tarian ketika menyanyikan lagu Pesan Cinta (Afgan) seharusnya diberikan kredit!

"Excuse me?! Awak tengok tak persembahan tu? Aliff menari. Awak fikir senang ke nak menari sambil menyanyi? Perempuan ni biasanya menari tiada masalah.

"Tapi macam Aliff dia jangan kata menari tapi TikTok pun tak jadi sebab dia tak reti. Jadi tolong! Jangan tahu nak 'condemn' saja. Cuba awak nyanyi lagu Afgan tu," ujarnya.

Dalam persembahan sama, Bella tampil sebagai salah seorang daripada kumpulan penari wanita, sekali gus mengejutkan penonton yang hadir menyaksikan konsert terbabit.

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.