Laman Utama

Extrovert, Bapa Yang Lucu, Pendiam – Manakah Satu Watak Kegemaran Dalam Love In Lockdown?

gempak
Syafiqah Jalal
03/03/2022
13:45 MYT
Sponsor Banner
Extrovert, Bapa Yang Lucu, Pendiam – Manakah Satu Watak Kegemaran Dalam Love In Lockdown?
Siri original terbaharu di aplikasi sooka berjudul Love In Lockdown telah mula ditayangkan sejak 20 Februari lalu.
Love in Lockdown yang mengisahkan tentang kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik Covid-19 membadai dunia itu telah dibarisi pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shah Iskandar, Julia Farhana Marin, Sara Mack Lubis, Bella Rahim dan banyak lagi.
Memandangkan semua terutama rakyat Malaysia pernah lalui peristiwa yang sama dua tahun yang lalu, sudah tentu dapat mengaitkan diri dengan watak-watak di dalam drama 10 episod ini.
Untuk siri 1 ini Gempak bawakan 3 watak kegemaran dalam drama Love In Lockdown iaitu Hani, Nizam dan Kara untuk lebih mengenali personality mereka.
  1. Hani (lakonan Sara Mack Lubis)
    1. Pekerjaan: “Travel Vlogger”
    2. Usia: 20
    3. Personaliti: Extrovert
    4. Hani menghadapi masalah orang-orang muda zaman sekarang; tidak diambil serius. Hani struggles untuk buktikan pada keluargnya tentang pekerjaannya sebagai ‘influencer’. Dalam usaha untuk keluarkan ‘digital contents’, Hani menawarkan keluarganya untuk bercuti sekali tapi pandemic yang melanda tidak dapat menyelamatkan
    5. Kenapa anda suka Hani?
      1. Kuat: Hani bersemangat kuat, dan sanggup membuat apa sahaja demi minatnya dan terus berusaha walaupun diragui oleh keluarga sendiri. Cita-cita Hani adalah untuk menjadi travel show host
      2. #kitasemuaHani
      3. Comel: I mean, come on, tak comel ke?
      4. Hani suka makan cereal fruitloops (trademark alert) sepanjang cerita
  1. Nizam (lakonan Shah Iskandar)
    1. Pekerjaan: “Bukan doctor” (sebab tu pak mentua tak suka)
    2. Usia: 35
    3. Personaliti: Bapa yang baik, lucu
    4. Nizam yang sudah ada anak berusia 8 tahun dengan Suzanna semakin jauh dengan isterinya yang sibuk bekerja, ditambah pula dengan pak mentua yang tak pernah suka dia. Nizam bapa yang baik, dengan cara tersendiri membesarkan dan mengajar anaknya.
    5. Kenapa anda suka Nizam?
      1. Romantik: Nizam sanggup lakukan apa sahaja demi mengekalkan perkahwinannya dengan Suzanna
      2. Lelaki yang setia and supportive (for real, this time)
  1. Kara (lakonan Julia Farhana Marin)
    1. Pekerjaan: “International Ballerina berpusat di Jerman)
    2. Usia: 28
    3. Personaliti: Tenang, pendiam, tak boleh buat keputusan
    4. Kara pernah berkahwin (dan bercerai) sebelum berpindah ke Jerman. Kini berada di dalam hubungan jarak jauh bersama seorang mat salleh Bernama Markus.
    5. Sangkut di Malaysia disebabkan oleh PKP
    6. Kenapa anda suka Kara?
      1. Tenang, dan ada aura kakak yang baik
      2. Selalu melayan adik
      3. Lawa (kan? Lawa kan?)
Mana satu watak yang dekat dengan diri anda? Jangan lupa tonton episod baru Love In Lockdown setiap Ahad, di aplikasi sooka.
Download aplikasi sooka di App Store atau Play Store dan subscribe VIP Entertainment hanya dengan RM15.90!
Nak dapatkan bayangan mengenai Love In Lockdown, tonton tayangan perdana episod 1 di Gempak (klik di sini)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live