Pelakon Fasha Sandha membalas komen netizen yang menegur topeng muka yang dipegang ketika bergambar mengganggu kesempurnaan gambar yang diambil.

Fasha yang bergambar dengan keluarga menjelaskan topeng muka yang dipakai ketika itu dibuka sebentar hanya untuk mengambil foto.

Facemask menggangu la sis,” komen salah seorang pengikutnya.

Fasha membalas komen tersebut dengan mengingatkan prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi walaupun untuk bergambar seketika.

Facemask wajib ada, masa bergambar dengan keluarga, buka sekejap…SOP kena ikut sis. Kita jaga kita kan,” jawabnya.

Menerusi entri tersebut Fasha kelihatan manis bertudung di dalam satu majlis perkahwinan.

Entri tersebut juga turut mendapat perhatian pengikut yang memuji imej berhijab itu.

“Cantik sangat Fasha pakai tudung,” komen salah seorang pengikutnya.

“Cantik Fasha tutup aurat, sejuk mata memandang,” puji salah seorang netizen.

Terdahulu Fasha ada mengenakan hijab dalam tempoh yang agak lama iaitu Ketika hamilkan anak ketiganya, Aisha.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)