Berita

"Fad, Achey, Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau" - Achey Kongsi Antara 'Gurauan' Terakhir Abam

gempak
Badrul Hashim
11/02/2020
05:18 MYT
Sponsor Banner
"Fad, Achey, Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau" - Achey Kongsi Antara 'Gurauan' Terakhir Abam
Kepulangan pelakon dan pelawak tersohor Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau lebih mesra dipanggil Abam Bocey ke hadrat Illahi, masih sangat lagi dirasakan.
Perkongsian teman-teman dan sahabat handai di media sosial semakin banyak dengan cerita-cerita hebat seorang yang sangat baik dan berbudi bahasa ini.
Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey tidak dapat menahan kesedihan berkongsi kisah ucapan hari lahir buat Abam yang disambut pada 19 Januari lalu.
Pada tarikh tersebut, Achey telah menaik satu entri mengucapkan selamat hari lahir buat Abam Bocey.
"Happy birthday Abam Bocik," tulis Achey pada entri 19 Januari itu yang merupakan sambutan ulang tahun ke 32 tahun.
Pada entri tersebut juga Abam turut menjawab dengan nada gurauan buat dua sahabatnya.
"Hahahahahaha tq sahabat... Love u so much... Semoga kite kekal smp mati... @fadbocey @acheykintangkintung klu aku mati tolong kebumikan aku tau," tulis Abam.
Gurau tersebut sudah ditakdirkan menjadi kenyataan. Tiga minggu selepas hari lahirnya, semalam (10 Februari) Allahyarham Abam Bocey meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas.
Terbaru, Achey kembali memuat naik ucapan hari lahir tersebut bersama dengan gurauan yang ditulis oleh Arwah Abam.
"Telah Aku tunaikan bamm... walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan," tulis Achey pada entri tersebut.
Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar Al-Jeffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah Mohd Ali dan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Semoga roh Allahyarham di tempatkan Allah SWT bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024