Cuba mengadaptasi daripada apa yang terjadi dari segenap aspek kehidupan, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir tampil dengan buah tangan baharu menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single berjudul Santai yang diterbitkan oleh Faithful Music.
Menurut Faizal, 44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, Santai sebuah lagi lagu berkonsepkan teguran halus yang dihasilkan secara spontan.
“Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut perkataan santai dalam satu sesi menulis lagu.
“Idea lirik dan hala tuju lagu secara keseluruhannya adalah berdasarkan sikap kita yang sentiasa tergesa-gesa atau terburu-buru dalam membuat atau mendapatkan sesuatu. Malah, sikap tergesa-gesa manusia ini sudah disebut oleh Allah SWT dalam al-Quran,” katanya.
Sama seperti kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan, Faizal tidak hanya memberi fokus kepada komposisi lagu berkenaan, malah mengutamakan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
“Kelebihan lagu Santai ini adalah dalam mesej dan cara penyampaiannya. Lagu ini membawa getaran yang sangat santai dan mudah dihadam berbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Menurut Faizal, kebanyakan lagu yang dihasilkan sejak kebelakangan ini membawa mesej yang dekat dengan kehidupan seharian atau kritikan sosial.
Bagi Faizal, ini cara terbaik dalam memberi kesedaran dan nasihat buat diri sendiri seterusnya orang ramai.
“Kita lebih mudah memahami dan menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu.
“Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari menghayati karya saya, maka ia satu bonus untuk saya,” katanya.
Berkongsi lanjut mengenai lagu Santai, Faizal kembali bekerjasama dengan Ezra Kong selepas kali terakhir melalui lagu Malaysia (2018) & Kamu (2019).
“Bekerjasama dengan Ezra Kong adalah peluang yang memang sudah lama saya tunggu memandangkan Ezra dan saya masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Dia tahu apa yang dia mahu dan apa yang perlu untuk mendapatkan yang terbaik daripada penyanyi. Memang saya cari peluang untuk bekerja dengan yang terbaik,” katanya.
Dalam masa sama, lagu Santai yang siap dirakam pada Mei lalu bukanlah kesinambungan daripada lagu Ragaman biarpun lirik berunsurkan nasihat.
“Lagu Santai bukanlah satu kesinambungan kepada karya Ragaman. Mesej Ragaman lebih ‘direct’ dan ‘straightforward’ mengenai ragam kehidupan suami isteri. Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh digunapakai dalam apa sahaja situasi kehidupan harian kita,” katanya.
Sementara itu, Ezra yang turut bertindak selaku penerbit lagu Santai ini berkata, ia karya yang cukup dekat dalam kehidupan seharian.
Malah, Ezra melihat mesej yang cuba disampaikan dalam lagu Santai ini perlu dijadikan iktibar sekali gus mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
“Lumrah kehidupan masa kini membuatkan kita menjadi semakin serakah dan terdesak untuk memperoleh kekayaan dunia dalam waktu yang paling singkat. Sebenarnya, wang ringgit, harta, pangkat, kereta mewah, berpoligami hanyalah selingan sementara daripada kesengsaraan dan realiti yang perlu dihadapi setiap insan.
“Sebab itu dalam lagu ini, Faizal menyeru agar kita selalu santai dan tidak bertindak secara terburu-buru. Kuda yang tua memanglah tak laju seperti dulu, namun tetap ‘steady’ dan padu,” katanya.
Lagu ini boleh didengari di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.
Syafiqah Jalal
Sat Oct 01 2022


Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.

Musim Lelaki Curang? Nampak Bahagia Di Laman Sosial, Rupanya Suami Influencer Kantoi Berseronok Di TREC, Bawa Perempuan Balik Rumah
Lah pulak?