gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Minta Pelajar Praktikal Cukur Bulu Kemaluan, Pembantu Tadbir Didakwa Aibkan Wanita
HIBURAN
“Untuk Erika, Saya Sanggup” - DJ Bravy Sedia Temani Kekasih Bersalin Walau Bukan Anak Sendiri
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Fakha Buat Laporan Polis Selepas Video Tidak Senonoh Tular - "Aku Tahu Tak Ada Apa Yang Boleh Betulkan Balik..."

Amri Hassan
Amri Hassan
24/07/2025
21:00 MYT
Sponsor Banner
Fakha Buat Laporan Polis Selepas Video Tidak Senonoh Tular - "Aku Tahu Tak Ada Apa Yang Boleh Betulkan Balik..."
Bekas suami kepada pempengaruh terkenal Jasmin Sopheah, iaitu Fakha, tampil membuat laporan polis susulan penularan sebuah video tidak senonoh yang dikaitkan dengan dirinya.
Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik semula gambar salinan laporan polis dipercayai dibuat oleh Fakha menerusi satu hantaran di TikTok.
Difahamkan, salinan laporan tersebut pada asalnya dimuat naik oleh Fakha di status WhatsApp miliknya sebelum dikongsi semula oleh kenalan rapat di media sosial.
Dalam kenyataan yang disertakan bersama laporan itu, Fakha mengakui pernah melakukan kesilapan pada masa lalu dan meluahkan rasa kesal atas penyebaran video terbabit.
"Hari ni aku dibenci, dihina, dan dilabel macam-macam. Tapi aku terima, sebab aku memang pernah silap. Aku tak minta simpati, cuma doakan aku kuat untuk lalui semua ni. Aku tahu, tak ada apa yang boleh betulkan balik apa yang dah terjadi," katanya.
Jelas Fakha, video yang tersebar itu merupakan sebahagian daripada kisah silamnya yang sepatutnya tidak menjadi tatapan umum. Sebagai insan yang pernah melakukan khilaf, dia hanya berharap diberi ruang untuk memperbaiki diri.
"Video tu tak patut tersebar… kisah nakal aku dulu. Dan aku sendiri menyesal. Tapi aku juga manusia yang pernah khilaf. Tak minta untuk dimaafkan sepenuhnya, cuma mohon diberi ruang untuk aku betulkan diri.
"Terlalu ramai yang cepat menjatuhkan tanpa tahu cerita penuh. Tapi tak apa, aku terima semua ni sebagai teguran dari Tuhan. Aku akan teruskan hidup bukan untuk puaskan hati sesiapa, tapi untuk tebus maruah sendiri. Doakan, insya-Allah," tambahnya.
Terdahulu, video berkenaan menjadi tular di media sosial dan mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan netizen kerana memaparkan aksi yang dianggap tidak senonoh.
Penularan video tersebut turut mengundang semula perhatian terhadap isu rumah tangga antara Fakha dan Jasmin Sopheah yang sebelum ini pernah menjadi topik perbincangan hangat warganet.
Untuk rekod, Fakha dan Jasmin mendirikan rumah tangga pada Mei 2022 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Faleeq. Namun pada tahun 2024, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah.
Topic Berkaitan
#Viral
#Polis
#Video
#fakha
#Jasmin Sopeah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement