gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hafiz Suip Berdamai Dengan Takdir, Belajar Tentang Penyesalan Hidup - “Amarah… Salah Satu Yang Menyebabkan Diri Saya Hancur”
VIRAL
"Kami Belajar Guna Kancil, Dia Ferrari" - Netizen Terkedu Level 'Anak Kayangan’ Ammar Ahyan
VIRAL
"Ramai DM Minta Nasihat Berpoligami, Saya Anggap Itu ..." - Aslam
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Fakha Yang Buat Hal, Pablo Faka Pula Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Ada Yang Mendoakan Perkara Tak Baik…”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
24/07/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
Fakha Yang Buat Hal, Pablo Faka Pula Jadi Mangsa Serangan Netizen - “Ada Yang Mendoakan Perkara Tak Baik…”
Kecoh di media sosial ketika ini mengenai kisah rumah tangga pempengaruh yang dikenali sebagai Jasmin Sopeah dengan bekas suaminya, Fakha atau Muhd Fakha.
Sebelum ini, Muhd Fakha pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaku dirinya telah berlaku curang dalam perkahwinan dan menduakan Jasmin.

ARTIKEL BERKAITAN: Video Tak Senonoh Bekas Suami Tular, Pempengaruh Mohon Henti Sebar - “Owner Akan Takedown…”

Namun lain pula cerita apabila netizen tersilap menyerang individu yang mempunyai nama lebih kurang sama dengan Fakha iaitu pempengaruh Pablo Faka.
Menerusi perkongsian di TikTok, Pablo Faka yang juga seorang usahawan meluahkan rasa terkilan apabila menjadi sasaran wargamaya.
"Saya nak beritahu sikit, Fakha yang sedang trend sekarang ini bukanlah saya. Netizen sudah tersilap orang.
"Nama saya Pablo Faka bukan Fakha yang itu. Sebab setiap hari ada yang tag nama dan komen dekat hantaran saya.
"Ada netizen yang mendoakan perkara tidak baik seperti "semoga diperludahkan urusan" dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Pablo Faka juga berharap netizen berhenti mengaitkan namanya dalam isu terbabit kerana risau akan menjejaskan perniagaan yang diusahakan.
"Janganlah begitu ya, saya ada uruskan perniagaan. Kalau netizen mendoakan yang tidak baik, takut jejaskan perniagaan saya. Apa pun saya mendoakan urusan mereka yang terlibat dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, kisah bekas pasangan itu menjadi bualan apabila kakak kepada Jasmin iaitu Jueliya mendakwa Fakha tidak mengambil tahu tentang keadaan anaknya, Faleeq ketika jatuh sakit.
Fakha kemudian tampil mempertahakan dirinya dengan mengatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar.
Imbas kembali, Jasmin dan Fakha mendirikan rumah tangga pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq. Pasangan itu sah bercerai pada 2024.
@pablofaka
jangan tag saya dah tau 😂 kita doakan je urusan diorang dipermudahkan amin
♬ original sound - PabloFaka
Topic Berkaitan
#Pempengaruh
#fakha
#Jasmin Sopeah
#Pablo Faka
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement