,
Hiburan

Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"

Gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Beliau berkata Melaka merupakan satu destinasi pelancongan yang unik dan berbeza dengan kebanyakan tempat pelancongan terkenal yang lain.
"Bagi saya ini satu penghormatan sebenarnya (untuk dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024)... selepas pandemik (COVID-19) fikiran amat tidak tenang, dan saya pun tidak keluar negara melancong.
"(Bagaimanapun) pelancongan selepas pandemik kembali meriah (dan) orang ramai pasti akan memilih tempat yang mereka belum pernah kunjungi," katanya kepada pemberita dalam Bahasa Mandarin yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

BERITA TRENDING: Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa

BERITA TRENDING: Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!

Melaka menonjol di China

Fan yang berada di sini sejak Jumaat selepas dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berkata, sejarah panjang antara Melaka dan China menjadi antara penyebab beliau memilih negeri ini sebagai destinasi pilihannya untuk melancong.
"Orang China boleh mengaitkannya dengan budaya Melaka kerana sejarah Melaka amat menonjol (di China) serta ramai orang Melaka yang boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.
"Pelancong (China) yang datang ke Malaysia tidak perlu risau kerana orang tempatan di sini pun fasih berbahasa Mandarin, selain Melaka juga mempunyai persamaan dengan wilayah Yunnan di China kerana kedua-duanya kaya dengan peninggalan sejarah," katanya.

Kawan perkenalkan Malaysia

Beliau mengaku pada mulanya mengenali Malaysia menerusi seorang rakan sekerjanya yang banyak berkongsi maklumat mengenai negara ini, dan ia mencetuskan rasa teruja untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak di sini.
"Malaysia tidak asing bagi saya kerana ada seorang rakan sekerja saya orang Malaysia... kami telah bekerjasama untuk beberapa tahun dan dia sering berkongsi maklumat mengenai Malaysia.
"Saya juga berminat untuk menjalani kehidupan di Malaysia. Kalau ada peluang nanti, saya juga ingin melawat dan singgah di Kuala Lumpur, banyak bangunan tinggi.
"Malaysia pun ramai pelakon dan pengarah filem berbakat, saya juga berharap dapat bekerjasama dengan mereka suatu hari nanti," katanya.
Fan yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.
Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.

BERITA TRENDING: Li Bingbing Tak Cadang Kahwin, Anak Saudara Bakal Terima Aset Kekayaan Berjumlah Lebih RM30 Juta!

BERITA TRENDING: Dikatakan Lebih Sesuai Jadi Duta Pelancongan Melaka Berbanding Fan Bing Bing, Ini Komen Michael Ang

BERITA TRENDING: Pelantikan Fan Bing Bing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Raih Pelbagai Reaksi Netizen: “Michael Ang Kan Ada…”

Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Roslan Saleh Yang Semakin Uzur, Doakan Cepat Sembuh

gempak
23/10/2024
20:55 MYT
Pelakon veteran, Roslan Saleh atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lan kini dilaporkan semakin uzur.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
BorakSeeni