Fan Bingbing Teringin Jalani Kehidupan Di Malaysia - "Nak Singgah KL, Harap Dapat Bekerjasama Dengan Pelakon & Pengarah Di Sini"
Gempak
16/06/2024 09:57 MYT
16/06/2024 09:57 MYT
Bintang antarabangsa Fan Bingbing menyifatkan peranan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 yang digalasnya adalah satu tanggungjawab yang amat berat, namun pada masa yang sama beliau menganggap ia sebagai satu tuah.
Beliau berkata Melaka merupakan satu destinasi pelancongan yang unik dan berbeza dengan kebanyakan tempat pelancongan terkenal yang lain.
"Bagi saya ini satu penghormatan sebenarnya (untuk dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024)... selepas pandemik (COVID-19) fikiran amat tidak tenang, dan saya pun tidak keluar negara melancong.
"(Bagaimanapun) pelancongan selepas pandemik kembali meriah (dan) orang ramai pasti akan memilih tempat yang mereka belum pernah kunjungi," katanya kepada pemberita dalam Bahasa Mandarin yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
"Orang China boleh mengaitkannya dengan budaya Melaka kerana sejarah Melaka amat menonjol (di China) serta ramai orang Melaka yang boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.
"Pelancong (China) yang datang ke Malaysia tidak perlu risau kerana orang tempatan di sini pun fasih berbahasa Mandarin, selain Melaka juga mempunyai persamaan dengan wilayah Yunnan di China kerana kedua-duanya kaya dengan peninggalan sejarah," katanya.
"Malaysia tidak asing bagi saya kerana ada seorang rakan sekerja saya orang Malaysia... kami telah bekerjasama untuk beberapa tahun dan dia sering berkongsi maklumat mengenai Malaysia.
"Saya juga berminat untuk menjalani kehidupan di Malaysia. Kalau ada peluang nanti, saya juga ingin melawat dan singgah di Kuala Lumpur, banyak bangunan tinggi.
"Malaysia pun ramai pelakon dan pengarah filem berbakat, saya juga berharap dapat bekerjasama dengan mereka suatu hari nanti," katanya.
Fan yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo (platform media sosial di China mirip X) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Selain filem China, beliau juga pernah membintangi filem adiwira Hollywood, 'X-Men: Days of Future Past', selain filem Perancis dan Korea.
Pada 2017, Fan menghiasi kulit majalah Time dan beliau turut dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh.
Beliau berkata Melaka merupakan satu destinasi pelancongan yang unik dan berbeza dengan kebanyakan tempat pelancongan terkenal yang lain.
"Bagi saya ini satu penghormatan sebenarnya (untuk dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024)... selepas pandemik (COVID-19) fikiran amat tidak tenang, dan saya pun tidak keluar negara melancong.
"(Bagaimanapun) pelancongan selepas pandemik kembali meriah (dan) orang ramai pasti akan memilih tempat yang mereka belum pernah kunjungi," katanya kepada pemberita dalam Bahasa Mandarin yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.
BERITA TRENDING: Pelantikan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Melaka Tarik Pelancong Antarabangsa
BERITA TRENDING: Fan Bingbing Teruja Makan Durian Di PJ, Siap Belajar Minum Air Dari Pangsa!
Melaka menonjol di China
Fan yang berada di sini sejak Jumaat selepas dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka 2024 bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berkata, sejarah panjang antara Melaka dan China menjadi antara penyebab beliau memilih negeri ini sebagai destinasi pilihannya untuk melancong."Orang China boleh mengaitkannya dengan budaya Melaka kerana sejarah Melaka amat menonjol (di China) serta ramai orang Melaka yang boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.
"Pelancong (China) yang datang ke Malaysia tidak perlu risau kerana orang tempatan di sini pun fasih berbahasa Mandarin, selain Melaka juga mempunyai persamaan dengan wilayah Yunnan di China kerana kedua-duanya kaya dengan peninggalan sejarah," katanya.
Kawan perkenalkan Malaysia
Beliau mengaku pada mulanya mengenali Malaysia menerusi seorang rakan sekerjanya yang banyak berkongsi maklumat mengenai negara ini, dan ia mencetuskan rasa teruja untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak di sini."Malaysia tidak asing bagi saya kerana ada seorang rakan sekerja saya orang Malaysia... kami telah bekerjasama untuk beberapa tahun dan dia sering berkongsi maklumat mengenai Malaysia.