Bekas penyampai radio popular, Fara Fauzana memberikan pendapat mengenai persembahan bintang Gegar Vaganza (GV7) Ashira.

Menurut Farah, dia amat menyukai penampilan dan cara Ashira menyampaikan lagu berjudul Penasaran di konsert ketiga Ahad lalu.

“Baju dia cantik Saya tengok Ashira jujurnya saya teringat dekat Kak Lina Pom Pom, baju itu rambu ramba.

“Saya rasa suara dia konsisten, maksud saya dia memang sudah ada vokal yang power. Tenaga dia juga bagus dan dia bawa lagu itu dengan cara dia sendiri.

“Cuma saya rasa kalau lah dengan persembahan itu dia turun pentas, pergi sana sini saya rasa markah dia pasti akan tinggi. Pada saya secara keseluruhannya memang best,” katanya.

Fara atau lebih mesra dengan panggilan Fafau mengulas mengenai perkara itu menerusi program digital DBilique yang bersiaran baru-baru ini.

Thank you @therealfafau @dbilique Bukan xnak turun dah rasa mcm berjogging kat atas tue takut turun tersandung jatuh tergolek ?anyway baju cantik tue kepunyaan @jimmycouture ?❤️ Terima kasih atas comment yg positive,shira akan cuba buat yg lebih baik di masa akan dtg Insyaallah ❤️

A post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz) on


Dalam pada itu, Ashira juga berterima kasih kepada Fafau kerana memberikan komen positif terhadap persembahannya.

“Thank you @therealfafau @dbilique Bukan tak nak turun dah rasa mcm berjogging kat atas tu takut turun tersandung jatuh tergolek.

“Anyway, baju cantik tue kepunyaan @jimmycouture. Terima kasih atas komen yang positive, Shira akan cuba buat yang lebih baik di masa akan datang Insya-Allah,” tulisnya menerusi posting terbaharu di Instagram.

Terdahulu, konsert ketiga GV7 menyaksikan Ashira menduduki tangga ke-10.

BACA: GV7: Beza Markah Nomad Dan Oja Sikit, Ini Recap Dan Komen Juri Di Konsert Ketiga

BACA: Corat-Coret GV7: Rock Comel Versi Kak Ani, Senyuman Manis Rozita Izlyn & Ashira Balik Maraton?


Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.