gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
MCMC Siasat Video Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan
HIBURAN
Aisha Retno Enggan Masuk Campur Isu Sophia Albarakbah & Bella Astillah - “Kalau Perlu Berdepan Secara Baik, Silakan…”
VIRAL
"Orang Klang?" - Netizen Speku Prince Syed Pembeli Beg Swarovski RM50K Dalam Live Aliff Syukri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Faradhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah - “Saya Pernah Dibaling..."

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
05/08/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
Faradhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah - “Saya Pernah Dibaling..."
Penyanyi Farahdhiya mendedahkan pernah menjadi mangsa buli ketika memasuki sekolah baharu pada usia 13 tahun.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi Threads, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu berkata, kes buli sebenarnya sudah lama wujud sejak dahulu lagi, namun tidak pernah tular kerana ketiadaan media sosial seperti sekarang.
“Nama saya penuh diconteng di makmal, dinding dan tandas dengan kata-kata seperti ‘Farahdhiya menggelabah’, ‘Farahdhiya babi’, ‘Farahdhiya gedik’, ‘Farahdhiya poyo’ dan bermacam lagi.

“Waktu rehat saya pernah dibaling batu, dan setiap kali balik dari makmal, akan ada surat ugutan di atas meja.

“Tapi disebabkan saya budak baru, saya hanya diam dan tahan saja,” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia juga menjelaskan situasi itu berlarutan selama setahun namun dia memilih untuk terus berdiam diri.
Bagaimanapun, selepas setahun, Farahdhiya akhirnya bangkit mempertahankan diri dengan melawan semula pembuli-pembulinya.
“Mereka sentuh saya dan secara automatik saya tendang serta pukul mereka balik. Salah seorang cuba tikam saya dengan pen, tapi terkena tangan sendiri.
“Mereka tak sangka saya melawan. Selepas kejadian itu, mereka datang minta maaf,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Faradhiya
#Buli
#Mangsa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement