gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
BERITA
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
HIBURAN
Transformasi Ekstrem Demi Kerja, Zul Ariffin Turun 20 Kg Dalam Masa 2 Bulan - “Rendah Karbohidrat, Rendah Gula…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Farah Nabilah Selamat Bersalin, Timang Bayi Lelaki, Tahniah!

ZULHILMI JALIL
ZULHILMI JALIL
22/10/2020
15:28 MYT
Sponsor Banner
Farah Nabilah Selamat Bersalin, Timang Bayi Lelaki, Tahniah!
Pelakon Farah Nabilah kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.
Menurut Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, bayi lelaki yang masih dirahsiakan identitinya itu kini berada dalam keadaan sihat.
"Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
"Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya sebentar tadi.
Dalam entri tersebut Farah hanya memuat naik video gelap kosong tanpa sebarang imej.
View this post on Instagram
Assalamualaikum semua ? Syukur alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan my first baby boy yang sihat pada pagi tadi, 22 October 2020, 5 Rabiulawal 1442. Fawaa akan share nama and his face bila tiba masanya ya ? Terima Kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. May Allah bless everyone with happiness especially dalam keadaan macam ni. Be safe semua.?
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on Oct 22, 2020 at 7:37am PDT
Bagaimanapun, Farah mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas segala doa yang dititipkan buatnya selama ini.
"Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua," tulisnya.
Di ruangan komen, Farah dihujani ucapan tahniah atas berita kelahiran cahaya matanya itu.
Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019.
Topic Berkaitan
#Bersalin
#Bayi
#Farah Nabilah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement