Berita

Farahdhiya Hanya Kongsi 30% Kehidupannya Di Media Sosial, Ini Alasannya...

ZULHILMI JALIL
17/11/2020
01:40 MYT
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengakui dirinya seorang yang amat menjaga privasi kehidupannya.
Menurut Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin, 36, apa yang dipaparkan dalam media sosial hanyalah sebahagian kecil sahaja yang dikongsikan kepada umum.
"Saya seorang yang menjaga privasi. Saya menjaga privasi kehidupan peribadi saya sejak 16 tahun yang lalu, ini antara pesanan arwah ayah saya dari mula masuk bidang hiburan.
"Media sosial hanyalah 30 peratus daripada kehidupan yang saya pilih untuk kongsikan termasuklah kerja, masakan, aktiviti senaman, kucing dan sikit mengenai keluarga," katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu, dia berbuat demikian kerana menyedari bahawa tidak semua orang suka dengan setiap tindakan yang kita lakukan.
"Kena ingat, bukan semua suka tengok kita bahagia, tengok kita berjaya. Orang zaman sekarang pelik-pelik.
"Mengadulah kepada-Nya, kerana Dia sebaik-baik pendengar. Yang penting di media sosial ini cubalah kongsi benda yang baik-baik, yang positif yang dapat beri inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membaca," pesannya.
Bahkan, katanya lagi, dia juga mengambil pendekatan untuk menghalang mana-mana pihak yang cuba membawa negativiti di platform media sosialnya.
"Sejujurnya saya sendiri tak suka, rimas dengan negativiti, orang yang tak henti mengeluh atau bergaduh di media sosial, yang mulut celupar pun ramai, sampai kadang-kadang terpaksa unfollow.
"Termasuk komen-komen yang tak manis memang saya akan sekat je. Maaf saya tidak suka vibes yang tak elok," kata bekas bintang Gegar Vaganza 2015 itu.
Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dalam filem berjudul Mulut Masin arahan pengarah terkenal, Razaisyam Rashid.
Filem terbitan Astro Shaw itu akan menemui penonton bermula 19 November ini di saluran Astro First.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Isu Sebelah Kaki Peguam Dalam Neraka, Pendakwah Nasihat Netizen Hati-Hati Tinggalkan Komen Di Media Sosial

gempak
26/07/2024
00:55 MYT
Netizen tidak sepatutnya menghakimi pekerjaan orang lain sehingga melibatkan balasan syurga dan neraka pada akhirat kelak dengan mudah.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.