Laman Utama

Farid Kamil Dakwa Ada ‘Pihak Ketiga’ Sokong Diana Danielle - “Saya Harus Selamatkan Isteri Dari Terus…”

Asyikin Mayudin
28/03/2023
02:56 MYT
Pelakon Farid Kamil melahirkan rasa syukur apabila diberikan pertunjuk dan hidayah daripada Allah ketika sesi perbicaraan kes perceraiannya dengan aktres Diana Danielle di Mahkamah
“Alhamdulillah, saya bersyukur hari ini kerana Allah dah beri pertunjuk dan hidayah di mahkamah,” kata pelakon Farid Kamil mengenai kemelut rumah tangga dengan aktres Diana Danielle.
Sudah berusaha untuk memujuk Diana, Farid turut mendedahkan terdapat pihak ketiga yang menyokong isterinya dari belakang.
“Saya dah cuba sedaya upaya saya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah. Tapi hari ini saya dapati kekuatan beliau kerana seperti yang saya maklumkan bahawa ada pihak ketiga yang menyokong beliau dari belakang,” kongsinya.
Menerusi video temu bual yang dimuat naikkan di TikTok Xtra, Farid bagaimanapun memberitahu hanya Diana sahaja mengetahui pihak ketiga yang dimaksudkannya.
“Itu kena tanya dia, sebab saya kalau sebolehnya nak tegakkan undang-undang Islam, tegakkan hak saya sebagai suami yang rumah tangga diganggu orang ketiga.
“Yang mana saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu. Bila kita menuntut jawapan tentang perkara tersebut, perpisahan yang diminta.
“Jadi, saya sayangkan keluarga saya dan anak-anak saya. Tak pernah diuji sebegini rupa,” katanya lagi.
Farid turut mendakwa dia sudah mengetahui tentang pihak ketiga itu sejak tahun lalu namun hanya dapat kepastian baru-baru ini sahaja.
“Saya baru confirm kan baru-baru ini, tapi saya dah aware dari tahun lepas. Bukan masalah berlarutan, cuma masalah terkantoi baru-baru ini, itu yang menyebabkan (fail cerai).
“Saya harus menyelamatkan isteri dari terus diperlakukan sebegitu,” ujarnya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai dengan alasan tiada lagi persefahaman dan berlaku pergaduhan berpanjangan.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
goldmovie

#Gold: Dapat Sarung Jersi Badminton Rashid Sidek, Farid Kamil Anggap Watak Dalam Filem Satu Penghormatan Besar

gempak
15/07/2024
05:55 MYT
Memainkan watak sebagai Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek (Rashid Sidek) menerusi filem Gold, pelakon Farid Kamil berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menyarungkan jersi badminton sebenar daripada tahun 1992 bagi menjayakan karakter tersebut.
Hiburan

Farid Kamil Lalui Fasa Bahagia Selepas Rujuk, Tolak Dakwaan Jadi Pasangan Contoh - “Apa Yang Kami Buat Adalah Kembali Kepada Niat Asal Berkahwin”

gempak
06/07/2024
00:59 MYT
Pelakon, Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila kehidupannya kini lebih bahagia selepas kembali rujuk dan memulakan lembaran baharu bersama isteri tercinta, aktres, Diana Danielle.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

gempak
27/06/2024
11:55 MYT
Pelakon Farid Kamil menceritakan pengalamannya pertama kali bekerjasama bersama isteri, Diana Danielle dalam satu filem berjudul Baran.