Laman Utama

Farid Kamil Nafi Semua Dakwaan Diana Danielle - “Semua Tuduhan & Fitnah Yang Direka Itu Saya Akan…”

gempak
Asyikin Mayudin
04/04/2023
02:14 MYT
Sponsor Banner
Farid Kamil Nafi Semua Dakwaan Diana Danielle - “Semua Tuduhan & Fitnah Yang Direka Itu Saya Akan…”
Susulan dakwaan dan tuduhan yang dinyatakan isterinya aktres Diana Danielle di Instastory pada Isnin, pelakon Farid Kamil tampil menafikannya.
Farid mendakwa semua tuduhan yang dilemparkan oleh isterinya bercanggah dengan laporan polis yang dibuat olehnya.
“Assalamualaikum sebagai makluman umum di atas kenyataan Diana Lee Beeson di ig story. Semua tuduhan dan fitnah yang direka itu, saya akan kemukakan dan akan di perdengar mahkamah.
“Ini kerana kenyataan Diana yang dipaparkan bercanggah dengan laporan polis telah di buat,” kata Farid.
Terdahulu, Diana mendedahkan suaminya yang juga aktor Farid Kamil sudah tidak membayar nafkah selama empat bulan malah turut berhutang dengannya.
Farid juga didakwa mungkir janji untuk membayar semula semua kos mereka pergi menunaikan umrah pada Februari lalu malah aktor itu mampu membeli kereta baharu dan cincin kahwin yang hilang.
Pada perkongsian yang sama, Diana mendedahkan anak perempuan mereka, Nur Aurora mengalami trauma rentetan perbuatan Farid menengking dan memarahinya.
Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 28 Mac lalu.
Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, dan Aurora.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024