Berita
Fasha Sandha Dah Ada Nama Bayi, Elisya Sandha Mula Panggil 'Baby A'
Pelakon Fasha Sandha sudah mempunyai pilihan nama bayi perempuan yang bakal lahir tidak lama lagi.
Bahkan, pilihan namanya itu juga sudah dikongsikan kepada adiknya, pelakon Elisya Sandha.
Menurut Elisya, kakaknya itu memilih untuk meletakkan nama bayi tersebut dengan awalan huruf A.
Begitupun, Elisya ketika dihubungi Gempak memberitahu, dia enggan mendedahkan nama anak saudaranya yang bakal lahir itu.
"Saya dah tahu nama, tapi tak nak dedahkan," jawabnya ringkas menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Terdahulu, Elisya menerusi satu hantaran di Instagram turut menyatakan rasa terujanya untuk bertemu dengan 'Baby A'.
"Saya tak sabar nak berjumpa awak, Baby A. Angah, sedarilah yang awak selalu ada dalam doa saya dan saya berharap agar semuanya dipermudahkan, Insya-Allah," tulisnya.
Dalam posting tersebut, Elisya turut memuat naik gambar dirinya bersama Fasha ketika menghadiri majlis 'baby shower' baru-baru ini.
BACA: "Another Drama Queen" - Fasha Sandha Bakal Timang Baby Girl
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu.
Ini merupakan kehamilan bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Saksikan drama lakonan Elisya Sandha di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video